Date: Rabu, September 27, 2017

YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

Jabatan Kerja Raya Malaysia sedang melaksanakan Kaji Selidik berkenaan dengan pengukuran Tahap Kepuasan Warga JKR (Indeks Kepuasan Pekerja - ESI) untuk tahun 2017.

Kaji Selidik ini dilaksanakan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kakitangan di JKR Malaysia. Soalan-soalan yang dikemukakan perlu dijawab dengan jujur dan pandangan YBhg. Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah amat penting dalam menjamin mutu perkhidmatan Jabatan ini. Segala maklumat yang diperolehi adalah SULIT. Maklum balas yang diperolehi akan digunakan dalam melaksanakan penambahbaikan perkhidmatan pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, warga JKR di bawah lantikan PERSEKUTUAN adalah diwajibkan untuk menjawab KAJIAN TERHADAP KEPUASAN KAKITANGAN DI JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2017 secara dalam talian (online) sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2017

Sebarang pertanyaan berhubung Kaji Selidik ESI 2017 ini, boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:-

i) Nama            : NURASHIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN
   Telefon          : 03-2618 8653

ii) Nama           : SITI NURRAFFIFAH BINTI MOHD AMIN
    Telefon         : 03-2618 8491

Atau, boleh emelkan kepada urusetiaesi [at] jkr.gov.my. Sebagai peringatan, kaji selidik ini didaftarkan kepada pegawai secara individu. Pegawai hanya perlu klik pautan yang terdapat dalam emel masing-masing bermula pada 2 Oktober 2017 (Isnin) sehingga 31 Oktober 2017 (Selasa).

Kerjasama YBhg. Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan pelaksanaan Kaji Selidik ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Urusetia ESI
Bahagian Komunikasi Korporat
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR
Jalan Sultan Salahuddin
50480 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel. : 03 2618 8653/8491/8665/8606