Date: Jumaat, September 7, 2018

YBhg. Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

Untuk makluman YBhg. Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan, pihak Pengurusan JKR telah memutuskan supaya satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan bekerja warga JKR mengenai aspek kerja semasa di jabatan ini. Sehubungan itu, sukacita sekiranya YBhg. Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan dapat memberikan kerjasama dengan mengisi dan menjawab soal selidik ini dan memberikan pandangan dan cadangan tambahan, sekiranya ada. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu pihak pengurusan merancang dan menambahbaik mutu perkhidmatan di Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Sehubungan dengan itu, warga JKR di bawah lantikan PERSEKUTUAN adalah diwajibkan untuk menjawab KAJIAN KEPUASAN KAKITANGAN DI JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2018 secara atas talian (online) sebelum atau selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2018.

Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akan dianalisis dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

1.        NURASHIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN
           No. Telefon : 03-2618 8653

2.        SITI NURRAFFIFAH BINTI MOHD AMIN
           No. Telefon : 03-2618 8491

ATAU

           Emel : urusetiaesi [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

Sebagai peringatan, Kaji Selidik ini didaftarkan kepada pegawai secara individu. Pegawai hanya perlu klik pautan yang terdapat dalam emel masing-masing bermula 12 September 2018 (Rabu) sehingga 12 Oktober 2018 (Jumaat).

Kerjasama YBhg. Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan dalam menjayakan pelaksanaan Kaji Selidik ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Urusetia ESI
Bahagian Komunikasi Korporat
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

Jabatan Kerja Raya Malaysia