Date: Khamis, Julai 28, 2022

Karnival Sukan JKR Se-Malaysia, SURYA 2022 anjuran Jabatan Kerja Raya negeri Johor  telah berlangsung di Stadium Educity, Iskandar Puteri, Johor Bahru dan perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Arthur Joseph Kurup Datuk Wan Ahmad Uzir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya , Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) , YBhg. Dato' Ir. Mohd Zulkefly Sulaiman, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia , Dato' Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia , YBhg. Dato' Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid serta Timbalan Pengarah JKR Johor, YBrs. Ir. Mohd Nasir Bontat.

 

Pada kejohanan kali ini, kesemua pasukan yang terdiri daripada 19 kontinjen daripada wakil KKR, JKR Ibu Pejabat, 13 JKR negeri,  3 JKR Wilayah Persekutuan dan  JKR CREATE telah berkampung di Johor Bahru selama tiga (3) hari bermula 21 sehingga 24 Julai 2022 . Sebanyak lapan (8) jenis sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak , sepak takraw, bola jaring, bola tampar, ping-pong, golf, bowling dan badminton di sepanjang kejohanan di beberapa gelanggang sukan iaitu Kompleks EduCity Iskandar Puteri, Akademi Badminton Taman Perling, Kompleks Belia dan Sukan Larkin,    Velodrom  Iskandar Puteri serta Daiman Bowl Johor Jaya.

 

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya pada hari terakhir kejohanan. Hadir sama YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

 

JKR Johor telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Karnival SURYA Se-Malaysia 2022 selepas meraih tiga (3) pingat emas, satu (1) perak dan satu (1) gangsa daripada lapan (8.) acara yang dipertandingkan. Dipenghujung majlis juga, YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kerja Raya turut mengumumkan tuan rumah bagi edisi ke-6, SURYA Se-Malaysia 2024 adalah JKR Kuala Lumpur dan JKR Putrajaya

 

Diucapkan  syabas dan tahniah kepada semua kontijen yang mengambil bahagian dan meraih pingat, kepada yang tewas cuba lagi pada edisi akan datang. Semoga karnival sukan SURYA ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dalam JKR secara keseluruhan.