Date: Selasa, November 14, 2023

31 Oktober 2023 – SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada Kumpulan J-Tec dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Johor kerana telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Agensi Tahun 2023 bagi Kategori Umum, dan sekaligus membawa pulang Piala Pusingan dan hadiah wang tunai bernilai RM5,000.00. 

Tahniah juga diucapkan kepada Kumpulan Bison Six dari JKR Daerah Hilir Perak kerana telah mendapat tempat kedua bagi Kategori Teknikal, dan Kumpulan Moseb dari Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR, serta Kumpulan MeCHJ dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Johor kerana terpilih daripada 45 Kumpulan Inovatif Dan Kreatif JKR tahun 2023 untuk bertanding di peringkat kementerian dan agensi.

Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Agensi Tahun 2023 bertemakan “Inovasi Madani, Konsolidasi Produktiviti” telah diadakan dengan meriah dan gilang gemilang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, diiringi oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), YBhg. Dato' Zahrul Hakim bin Abdullah, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, YBhg. Dato' Sr Mohd Zaid bin Zakaria dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), YBrs. Ir. Sazali bin Harun.

Majlis ini turut diserikan dengan pameran produk inovasi daripada pelbagai agensi awam dan swasta termasuk dari Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE). Antara produk inovasi yang telah dipamerkan oleh CREaTE ialah Universal Mud Grip Tire, E-Novat, EZI Jacker, Ir. Cut and Compact, Multipurpose Vest, V-Der, Maintenance Cable Protector, Smart Barrier dan Multi Measurement Kit.

 

kik kkr

kik kkr

kik kkr

kik kkr

kik kkr