Date: Jumaat, March 6, 2020

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah melakarkan kejayaan yang membanggakan dalam Malaysia Technology Expo 2020 (MTE 2020) yang telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur 20 – 22 Februari 2020.

Bagi kategori Public Sector Innovation Awards (PSIA), JKR telah berjaya memenangi satu (1) Gold Award dan dua (2) Silver Award. Manakala bagi pertandingan Invention and Innovation Awards (IIA), kesemua tiga (3) produk JKR Malaysia telah berjaya memenangi Silver Award. Lebih membanggakan, JKR Malaysia juga mendapat satu (1) Anugerah Khas dari Associaton of British Inventors and Innovator.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua perekacipta JKR Malaysia yang terlibat. Terima kasih juga kepada Urusetia JKR Malaysia dari Unit Inovasi Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dalam menguruskan penyertaan dan penglibatan JKR Malaysia ke pameran ini. Adalah diharapkan pencapaian ini dapat menyemarakkan budaya berinovasi yang berterusan di dalam JKR Malaysia.

Berikut adalah butiran pemenang pingat di MTE 2020: