Date: Isnin, Januari 11, 2021

Bersempena dengan pertandingan International Creative and Innovative Product Exhibition (I-CrIPE 2020) pada 21 hingga 23 Disember 2020 anjuran Forum Kerjasama Pendidikan Tinggi Medan (FKPT), Indonesia dan Technological Association of Malaysia (TAM), Jabatan ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah di atas kejayaan Ir. Suhaizad B. Hj. Sulaiman, Pengarah JKR WP Labuan kerana telah berjaya meraih Gold – Medal Award bagi Product Category (Civil Engineering) yang turut merangkul Best in Category (Civil Engineering) bagi ciptaan inovasi iaitu Intelligent Counter Traffic Flow (I-COTF).

Ia merupakan projek kolaborasi yang dianggotai oleh Ir. Suhaizad bin Hj. Sulaiman (JKR WP Labuan), Puan Azizah binti Tukiman (Politeknik Port Dickson), Encik Muhammad Anuar B. Jaafar (Politeknik Port Dickson) dan Encik Muhammad Danial Hilmi B. Khairulamir (Politeknik Port Dickson). Pasukan ini telah merekacipta I-COTF yang bertujuan bagi mengira dan menentukan isipadu pergerakan trafik dan tahap persimpangan di persimpangan - T yang tidak berlampu isyarat.

Di antara impak daripada inovasi ini adalah ianya mudah digunakan dan kiraan trafik dapat dilaksanakan dalam kadar yang lebih cepat. Ia juga dapat mengelakkan kesilapan dalam pengiraan kenderaan dan dapat membantu bukan sahaja pelajar dalam pembelajaran Makmal Lebuhraya tetapi boleh digunakan di lapangan sebagai instrumen untuk mengira traffic-volume.

Setinggi tahniah sekali lagi di atas kejayaan ini. Diharapkan agar ianya dapat menyuntik semangat warga Jabatan yang lain bagi menghasilkan lebih banyak produk Inovasi yang boleh diaplikasikan di dalam Industri Kejuruteraan, khususnya.

Sijil Best Category (Civil Engineering)

 

Sijil Gold Medal

 

Ir. Suhaizad bin Hj. Sulaiman, Pengarah JKR WP Labuan

 

Produk Inovasi: Intelligent Counter of Traffic Flow (I-COTF)