Date: Jumaat, Januari 14, 2022

Tahniah diucapkan kepada Sr Dr. Muhammad Imran Bin Zin Zawawi daripada Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan diatas kejayaan menerbitkan artikel dalam “International Journal of Procurement Management (IJPM)” edisi Vol. 15, No 2, 2022. IJPM adalah merupakan jurnal antarabangsa yang bertaraf Q2 diantara Jurnal Bisnes, Pengurusan dan Perakaunan.

Artikel yang diterbitkan adalah berkenaan cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan polisi persaingan dalam perolehan Kerjasama Awam dan Swasta. Artikel tersebut juga telah di sediakan dengan kerjasama penyelidik daripada Universiti Moratuwa, Sri Lanka. Sr Dr. Muhammad Imran Bin Zin Zawawi adalah pakar rujuk Jabatan  dalam bidang Perolehan Strategik semenjak tahun 2019.

Semoga kecemerlangan penyelidikan dan ilmu ini dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan peningkatan mutu perkhidmatan awam.