Date: Jumaat, Ogos 3, 2018

JKR Malaysia sekali lagi melakarkan kejayaan dalam pertandingan inovasi  di peringkat antarabangsa  iaitu di 2018 INTERNATIONAL INVENTION INNOVATION COMPETITION in CANADA (iCAN 2018) melalui produk Leakage Current Detection Device telah memenangi anugerah Gold Medal di peringkat Preliminary Round bagi kategori Electricity & Electronics.

Tahniah kepada  En. Nasrullah B. Hj. Abd Malik (Ketua Perekacipta) dan ahli kumpulannya,  En. Mohamed Shahril B. Abdul Rashid, En. Azman B. Bahari, En. Zubir B. Idris, En. Mohamad Zaili B. Baharuddin dan Pn. Seri Maizatul Akmar Bt. Junaidi daripada Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Perak di atas kejayaan yang diperolehi.

Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua perekacipta serta urus setia yang terlibat. Diharap semoga usaha yang berterusan ini mendatangkan hasil yang bermanfaat untuk JKR secara keseluruhannya.