Date: Selasa, Oktober 3, 2023

Kejohanan Petanque Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 23 September 2023 bertempat di Arena Petanque, Majlis Perbandaran Kuala Selangor merupakan kerjasama Jawatankuasa Aktiviti Sukan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) dengan Persatuan Petanque Daerah Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor (PPD).

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Y.Bhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin selaku Timbalan Pengerusi Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara. Kejohanan ini turut dihadiri Naib Presiden Persatuan Petanque Daerah Kuala Selangor, Ir. Shukri Bin Ishak, Pengurus Program 1 Jawatankuasa Pemandu HPTN, Ir. Haji Ashlie Bin Haji Abdul Rahim, wakil Majlis Perbandaran Kuala Selangor, En Puspanath a/l Thanabalan serta Jurutera Daerah JKR Kuala Selangor, Ir. Ts. Nur Hafidzan Bin Idris. Turut hadir sama ahli Jawatankuasa Aktiviti Sukan HPTN CKK membantu menjayakan kejohanan ini dan dalam masa yang sama mempromosikan sambutan HPTN 2023 kepada peserta kejohanan.

Kejohanan ini adalah usaha yang dibuat oleh Persatuan Petanque Daerah Kuala Selangor untuk memperkembangkan minat pelajar sekolah terhadap sukan petanque. Sukan ini dilihat sebagai berpotensi untuk dibangunkan di semua daerah berdasarkan ramai atlet yang menceburi sukan ini  di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Penganjuran seperti ini merupakan salah satu platform yang baik dalam memberikan peluang kepada murid untuk mengetengahkan bakat masing-masing.

Penganjuran kejohanan yang disertai seramai 141 orang murid dari 12 buah sekolah ini juga merupakan salah satu usaha memperluaskan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara, HPTN yang merupakan wadah bagi menghargai jasa profesion teknikal atas sumbangan besar mereka terhadap kemajuan infrastruktur dan pemodenan negara yang meliputi pelbagai bidang teknikal antaranya kejuruteraan, astronomi, sains, teknologi, pembinaan, senibina, ukur dan sebagainya.

Keputusan akhir kejohanan:

KEDUDUKAN

KATEGORI

LELAKI

PEREMPUAN

Johan

SMK Pengkalan Permatang B

SMK Pengkalan Permatang 1

Naib Johan

SMK Bukit Kuching Tengah

SMK Pengkalan Permatang 2

Ketiga Bersama

SAM Jeram B

SMK Puncak Alam 3 A

SM Sains Kuala Selangor

SMK Puncak Alam 3

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan diharapkan dengan kemenangan ini dapat membakar semangat untuk lebih aktif di dalam bidang sukan. Semoga dengan penglibatan generasi muda ini dapat menyambung kesinambungan profesion teknikal dalam negara.

 

“Profesion Teknikal Pemacu Pembangunan Malaysia Madani”

HPTN petanque

HPTN petanque

HPTN petanque

HPTN petanque

HPTN petanque

HPTN petanque

HPTN petanque

HPTN petanque

HPTN petanque

HPTN petanque

HPTN petanque