Date: Khamis, Julai 14, 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada 20 Jun 2022 telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya ke Gred Utama Turus III mulai 21 Februari 2022.

Seluruh warga kerja JKR mengucapkan setinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk KPKR di atas kenaikan pangkat tersebut. Sesungguhnya pelantikan ini pastinya menjadi pendorong kepada kecemerlangan JKR dalam peranannya menjayakan agenda pembangunan negara.