Date: Selasa, Februari 7, 2023
Tahniah diucapkan kepada kumpulan inovator Ir. Ts. Suhaizad Bin Hj. Sulaiman, Ir. Ts Leong
Geok Teng, Mohammad Firdous Hairy, Masriani Binti Siradjuddin dan Suhirman Bin Munik yang
mewakili JKR W.P Labuan ke atas kemanangan Pertandingan Grassroots Open Challenge (GOC)
anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada Tahun 2022 dengan menghasilkan produk inovasi
yang diberi nama Multi Measurement Kit (MMK). Daripada 270 penyertaan dari seluruh
Malaysia, sebanyak 30 orang inovator telah disenarai pendek ke peringkat sesi penilaian akhir
produk dan hanya 9 orang inovator telah berjaya memenangi pertandingan ini.
Hasil daripada kemenagan tersebut, JKR W.P Labuan telah dianugerahkan Geran Pembangunan
Inovasi di bawah Program Mengarusperdana Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) yang bernilai
sehingga RM100,000.00. Geran pembangunan ini akan digunakan untuk membangunan dan
penyelidikan produk inovasi Multi Measurement Kit (MMK) sehingga ke peringkat
pengkomersialan.
 
Multi Measurement Kit (MMK) merupakan satu alat ukur 4 in 1 yang dicipta bagi mengatasi
masalah kerja pembinaan di peringkat penyediaan besi tetulang konkrit di tapak, kawalan
kualiti projek serta pemeriksaan struktur bangunan sediada. MMK dicipta dengan idea bersaiz
yang padat, mesra guna berdasarkan pengalaman dan kajian kes ke atas projek pembinaan di
Jabatan Kerja Raya. MMK juga bertujuan untuk membantu pekerja kurang mahir semasa
menjalankan kerja-kerja di tapak. Bekerjasama dengan Pusat Kecermerlangan Kerujuteraan dan
Teknologi JKR (CREaTE), JKR W.P Labuan yakin akan melaksanakan pembangunan produk
inovasi dalam tempoh masa yang diberikan melalui geran yang telah diperuntukan .