Date: Isnin, Januari 22, 2024

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Ping Pong JKR di atas penglibatan dan kemenangan dalam Kejohanan Ping Pong MAKSWIP 2024 yang lalu. Kejohanan tersebut telah berlangsung dari 16 hingga 19 haribulan Januari 2024 bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pasukan Ping Pong Wanita JKR telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala pasukan ping pong lelaki pula telah berjaya muncul pasukan di kalangan 16 terbaik daripada 96 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut tahun ini.