Date: Khamis, September 17, 2020

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan bahawa seorang kakitangan JKR Malaysia telah disahkan positif COVID-19 pada 16 September 2020 dan telah diwadkan. Pesakit ini telah menjalani rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh, Selangor. 

Bagi menangani penularan wabak ini, JKR Malaysia telah mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk makluman, kontak rapat di kalangan kakitangan JKR Malaysia telah dan akan menjalani saringan kesihatan serta akan menjalani proses kuarantin di rumah. Selain itu, di mohon juga kepada sesiapa yang telah berhubung rapat dengan pegawai tersebut agar dapat membuat pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran jika mempunyai simptom.

Untuk kenyataan rasmi penuh JKR, sila klik di sini