Sukacita dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2021 telah diadakan secara HIBRID bagi menyahut seruan Kerajaan dalam mengekang penularan pandemik COVID-19. Walaupun terdapat cabaran dalam penganjuran tersebut, Konvensyen KIK JKR Malaysia pada tahun ini tetap mendapat sambutan yang meriah daripada kalangan warga JKR.
Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan warga JKR, seterusnya memberi penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada rakyat dan negara amnya serta jabatan khususnya.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 7 Oktober 2021. Majlis Perasmian dan Pengumuman Pemenang Konvensyen KIK telah disiarkan secara langsung melalui YouTube CREaTE JKR Channel (link is external) dan FB CREaTE. Majlis tersebut boleh ditonton melalui pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=v_flycGz7jY (link is external)
Bertemakan “Innovate to Inspire”, Konvensyen KIK JKR tahun ini telah menerima sebanyak 36 penyertaan dari pelbagai Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri dan JKR Daerah, di mana 24 kumpulan bertanding di bawah Kategori Teknikal dan baki 12 kumpulan bertanding di bawah Kategori Pengurusan.
Pada konvensyen kali ini, kumpulan KIK telah mempersembahkan hasil inovasi masing-masing kepada panel penilai secara pre-recorded video pada 27 hingga 29 September 2021. Manakala, sesi soal jawab di antara panel penilai dan kumpulan KIK telah dilaksanakan secara fizikal dengan kehadiran 3 wakil ahli kumpulan KIK dan baki ahli kumpulan hadir secara virtual.
Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan pada Konvensyen KIK pada tahun ini iaitu:
- Produk Inovasi (Kategori Pengurusan);
- Produk Inovasi (Kategori Teknikal);
- Video Pembentangan Terbaik;
- Poster Terbaik;
- Video Boomerang Terbaik; dan
- Penyertaan Terbanyak oleh Cawangan / JKR Negeri
Johan Konvensyen KIK akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi dan mockup cheque edisi khas, serta sijil penghargaan. Manakala, naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan RM2,000.00, mockup cheque edisi khas, serta sijil penghargaan. Pemenang bagi kategori lain akan menerima sijil penghargaan. Berikut merupakan keputusan penuh mengikut kategori :
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang dan Kumpulan KIK yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2021.
- 1409 bacaan