Date: Jumaat, September 23, 2022

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan program tahunan iaitu Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2022 dengan penuh gilang gemilang pada 20 September 2022. Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan warga JKR, dan seterusnya memberi penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada rakyat dan negara amnya serta jabatan khususnya.

Bertemakan Nurturing Excellence in Innovation”, Konvensyen KIK JKR pada tahun ini melibatkan 320 orang peserta daripada 39 kumpulan dari pelbagai Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri dan JKR Daerah. Semua kumpulan ini telah membentangkan produk inovasi masing-masing secara fizikal di hadapan panel penilai, di antara 22 hingga 25hb Ogos 2022. Daripada 39 penyertaan, 24 kumpulan telah menampilkan inovasi di bawah Kategori Teknikal manakala, 15 kumpulan telah mempertaruhkan produk inovasi di bawah Kategori Pengurusan.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pemenang Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 20 September 2022 bertempat di Dewan Utama, CREaTE. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool​, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman.

Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu:

  1. Produk Inovasi (Kategori Teknikal);
  2. Produk Inovasi (Kategori Pengurusan);
  3. Video Pembentangan Terbaik;
  4. Poster Terbaik;
  5. Video Boomerang Terbaik; dan
  6. Penyertaan Terbanyak oleh Cawangan / JKR Negeri.

Johan Konvensyen KIK menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi dan mockup cheque edisi khas, serta sijil penghargaan. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan RM2,000.00, mockup cheque edisi khas, serta sijil penghargaan. Manakala, pemenang bagi kategori lain menerima sijil penghargaan.

Berikut merupakan keputusan penuh mengikut kategori :

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang, penerima anugerah inovasi dan Kumpulan KIK yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2022.