Date: Jumaat, Ogos 3, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2018 telah diadakan di JKR Negeri Melaka pada 17 hingga 18 Julai 2018. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Abdul Mutalif Bin Abdul Hameed, Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Sebanyak 39 buah kumpulan dari pelbagai Cawangan dan Negeri telah menyertai sesi saringan kali ini di mana 29 buah kumpulan bertanding di bawah Kategori Teknikal manakala baki 10 buah kumpulan bertanding di bawah Kategori Pengurusan. Sebanyak 5 buah kumpulan terbaik bagi setiap kategori telah dipilih bagi menyertai peringkat akhir Konvensyen KIK JKR Malaysia 2018 sempena Hari Inovasi JKR 2018 yang akan diadakan pada 1 hingga 2 Oktober 2018 di Kota Bharu, Kelantan.

Kumpulan yang telah terpilih untuk menyertai peringkat akhir Konvensyen KIK JKR Malaysia 2018 adalah seperti berikut:

Kategori Teknikal



Kategori Pengurusan



Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang layak ke peringkat akhir. Bagi kumpulan yang tidak berjaya, usaha dan komitmen yang ditunjukkan amat dihargai dalam usaha untuk memastikan JKR menjadi salah satu jabatan yang membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan. Penambahbaikan ke atas setiap produk inovasi yang dipertandingkan boleh dilakukan secara berterusan, seterusnya potensi produk tersebut dapat dimanfaatkan oleh Jabatan.

Akhir kata, pihak urus setia ingin merakamkan penghargaan kepada JKR Negeri Melaka atas kerjasama dalam menjayakan Saringan Konvensyen KIK JKR Malaysia 2018.