Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2019 telah selesai diadakan di JKR Negeri Selangor pada 17 hingga 18 Julai 2019 yang lepas. Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir Ruslan Bin Abdul Aziz yang menyampaikan ucaptama aluan sebagai tuan rumah dan seterusnya dirasmikan oleh YBrs. Encik Azhar Bin Mohamed, Pengurus Program selaku Pengarah Bahagian Pengurusan Aset dan Fasiliti, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), mewakili YBrs. Dr. Maziah Binti Mohammad, Pengerusi Program Saringan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2019 (yang menjalankan tugas Pengarah Kanan CREaTE).
Sejumlah 50 kumpulan dari pelbagai Cawangan dan Negeri telah menyertai Sesi Saringan kali ini di mana 28 kumpulan bertanding di bawah Kategori Teknikal manakala baki 22 kumpulan bertanding di bawah Kategori Pengurusan. Sebanyak 5 kumpulan terbaik bagi setiap kategori telah terpilih bagi menyertai Pertandingan akhir Konvensyen KIK JKR Malaysia 2019 sempena Hari Inovasi Jabatan (HIJ) 2019 yang dijangka diadakan pada 30 hingga 31 Oktober 2019 di CREaTE, Melaka.
Kumpulan yang telah terpilih untuk menyertai Pertandingan akhir Konvensyen KIK JKR Malaysia 2019 adalah seperti berikut:
Kategori Teknikal
Nama Kumpulan | Caw/Bah/Daerah | Tajuk KIK |
KINGS | JKR Daerah Sepang, Selangor | KINGS 2.0 Mini Road Sweeper |
Ir SPU | JKR Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang | aFIR |
JEMPRO | JKR Daerah Jempol, Negeri Sembilan | Penanda Banjir
|
OMEGA | Makmal Penyelidikan Mekanikal, CREaTE | Return Air for Regenarative Energy (RARE) |
Q-Produktif
| JKR Daerah Pekan, Pahang | Flagpod |
Kategori Pengurusan
Nama Kumpulan | Caw/Bah/Daerah | Tajuk KIK |
INSTAR | CDPK, IPJKR | Sistem Latihan Industri (Internship)
|
TEGUH | CDPK, IPJKR | Sistem I-Canfly |
J-NIUS | CKAS | Permohonan dan Kelulusan Pembekal Sistem Kekuda Bumbung (JTRUSS) |
EERE | CKM, IPJKR | JKR Energy Online System (JENOSYS) |
BUDEE | CKE, IPJKR | BUDEE (Electrical Engineering Design Buddy) |
Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang telah layak ke peringkat akhir. Manakala kumpulan yang lain, bakat dan komitmen yang ditunjukkan amatlah dihargai malah perlu dilipatgandakan segala daya usaha demi mengungguli pembudayaaan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan di JKR. Penambahbaikan setiap produk inovasi yang berpotensi hendaklah dilakukan secara berterusan agar dapat dimanfaatkan kepada seluruh warga kerja Jabatan.
Akhir kata, pihak Urus Setia dari CREaTE JKR merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada JKR Negeri Selangor dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Peneraju Tema 5 di atas segala kerjasama erat dalam menjayakan program Saringan Konvensyen KIK JKR Malaysia 2019 kali ini.
- 1415 bacaan