Date: Jumaat, Mei 10, 2024

Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi pelaksanaan Kerja-kerja Pemasangan Kuasa Elektrik Tetap Di Bukit Tagasan Semporna Untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di bawah seliaan Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia telah diadakan pada 9 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna pada jam 10.00 pagi. Projek telah berjaya disiapkan 76 hari lebih awal dari Tarikh Siap Asal yang ditetapkan.

Projek kerja pemasangan kuasa elektrik tetap di Bukit Tagasan, Semporna mencapai sasaran penyiapan 5 dalam 1 iaitu ;

i. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion-CPC);

ii. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing);

iii. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (Statement Of Final Account-SOFA);

iv. Penjimatan kos kontrak (3.3% penjimatan berbanding siling peruntukan);

v. Penyiapan & Penyerahan Awal (76 hari dari tarikh siap asal)

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara konvensional dalaman di mana Cawangan Kejuruteraan Elektrik menjadi pengurus program kepada Kementerian Dalam Negeri sebagai pelanggan.

Sesi menandatangani dan penyerahan dokumen siap antara Kementerian Dalam Negeri dan kontraktor dilantik disaksikan Pengarah Reka Bentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR, Ir. Zuraidah Mohd dan Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM, DCP Gilberd AK Philip Layang.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri, Jafrizul Jamhuri; Pengarah Powernet Engineering Sdn. Bhd. Chiristinealoysius Mojili; Penolong Pengarah Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM, ACP Basri Abu Bakar dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Arif Abd Razak.

Pegawai Penguasa, Ir. Hj Radzilan Abdul Rahman berkata dengan siapnya projek pembangunan ini diharap dapat mencapai objektif dan hasil seperti yang telah digariskan serta memberi impak positif kepada golongan sasar.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan penyiapan projek ini dan komited dalam merealisasikan objektif projek bagi menyediakan stesen suis utama dan pencawang elektrik untuk memberi bekalan elektrik secara tetap kepada stesen pemancar radio PDRM.