Perasmian Kuala Lumpur International Pavement Seminar (KLIPS) 2023 telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya pada jam 9.00 pagi ini, 7 Mac 2023 (Selasa).
KLIPS 2023 adalah program seminar hasil kolaborasi agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR Malaysia), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama World Road Association (PIARC), Road Engineering Association Malaysia (REAM) dan Road Engineering Association of Asia & Australasia (REAAA).
KLIPS 2023 yang diadakan buat julung kalinya ini adalah merupakan platform perkongsian secara professional untuk membentangkan penyelidikan terkini dan pengenalan kepada teknologi baharu khususnya penggunaan bahan pavement yang lebih hijau dan berdaya tahan. Sebanyak 17 kertas pembentangan dari dalam dan luar negara yang turut dibentangkan dan dihadiri oleh 500 orang peserta dengan 22 pempamer.
Seminar selama tiga (3) hari ini telah direncanakan khusus buat semua penggiat industri pembinaan jalan raya untuk bersama-sama berinteraksi menjana idea seterusnya menyediakan infrastruktur jalan raya yang berteknologi tinggi, khususnya pavemen yang lestari berdaya tahan.
- 1382 bacaan