Date: Selasa, November 21, 2023

Badan Pemeriksa Keuangan (BPK), Republik Indonesia telah berkunjung ke Kementerian Kewangan (MOF) pada 16 November 2023. Perjumpaan ini telah diadakan di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ahmad Suhaimi bin Endut, Setiausaha Bahagian Pegurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Perjumpaan yang berlangsung selama hampir 2 jam ini telah dihadiri oleh Delegasi daripada Badan Pemeriksa Keuangan (BPK), Republik Indonesia yang diketuai oleh Tuan Ir. Daniel Lumban Tobing – Ketua Delegasi (Board Member of BPK), Indonesia Infrastructure Guarantee Fund (IIGF) yang diketuai oleh Tuan M. Wahid Sutopo - President Director, Ministery of Finance Indonesia yang diketuai oleh Tuan Brahmantio Isdijoso, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Tuan M. Arief Priowahono - First Secretary of Economic Affairs, Bahagian Antarabangsa MOF dan Bahagian Pengurusan Aset Awam MOF. Manakala Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pula diwakili oleh Ir. Mohamad Darus bin Selamat – Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Ir. Dr. Ahmad Firdauz bin Abdul Mutalib dan Sr Kamarul Arif bin Abdul Wahab.

Kunjungan Badan Pemeriksa Keuangan (BPK), Republik Indonesia ke Bahagian Pengurusan Aset Awam (BPA), Kementerian Kewangan (MOF) adalah untuk memahami prosedur audit dalam mengurus aset di Malaysia serta berkongsi amalan terbaik (best practices), bertukar-tukar pandangan dalam mengurus aset dan kewangan dengan lebih teratur. Taklimat berkaitan Aset Alih, Aset Biologi & Aset Tak Ketara telah disampaikan oleh En Zureen bin Zubir, Ketua Seksyen Pegurusan Aset, MOF. Manakala, taklimat berkaitan Aset Tak Alih telah disampaikan oleh Ir Dr Ahmad Firdauz bin Abdul Mutalib. Di dalam sesi soal jawab antaranya membincangkan perihal perkongsian pengurusan aset yang efektif, monetisasi aset, konsesi aset dan perakaunan akruan yang diamalkan oleh kedua dua negara.

BPK indon ke MOP

BPK indon ke MOP

BPK indon ke MOP

BPK indon ke MOP

BPK indon ke MOP

BPK indon ke MOP