Date: Khamis, Disember 5, 2019

Pada 4 Disember 2019 (Rabu), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima kunjungan delegasi daripada Republic of Uzbekistan yang terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan dari National Agency of Project Management (NAPM) seramai 23 orang berserta pegawai pengiring. Kunjungan ini merupakan salah satu aktiviti di dalam kursus Training Programme For National Agency of Project Management (NAPM) Under The President’s Office of The Republic of Uzbekistan On Project And Portfolio Management In Malaysia’s Perspective dan berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 5, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Blok F.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ir. Mohd Hazery bin Md Shamsi dan ucapan aluan oleh YBrs.Tuan Pengerusi. Sesi diteruskan dengan taklimat ringkas oleh YBrs. Ir. Abdul Rahman bin Shamsuddin dengan tajuk “Managing Public Sector Projects : Role of Public Works Department”.

Kunjungan disusuli dengan sesi soal jawab mengenai peranan JKR dalam membangunkan projek sektor awam dan bertukar pandangan mengenai bidang kejuruteraan yang dipraktikkan oleh JKR. Sesi berkenaan adalah pembuka laluan untuk hubungan yang lebih rapat di antara kedua agensi di masa hadapan.

JKR Malaysia mengucapkan terima kasih kepada delegasi daripada Republic of Uzbekistan kerana sudi melawat dan bertukar fikiran. Semoga jalinan ukhwah akan terus terjalin di antara dua negara ini.