Date: Khamis, Julai 7, 2022

Pada 5 Julai 2022 (Selasa), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima kunjungan delegasi lawatan sambil belajar daripada National Institute for Policies and Strategic Studies (NIPSS) Nigeria yang diketuai oleh Air Vice Marshall UC Nwagwu berserta 17 orang pegawai tertinggi kerajaan Nigeria termasuk pegawai pengiring.

Tujuan delegasi lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman Jabatan Kerja Raya dalam tadbir urus perancangan, pembangunan dan pemantauan dalam melaksanakan projek infrastruktur negara.

Program lawatan bermula dengan sesi kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah (Infra) di Aras 33 Menara Kerja Raya. Program diteruskan dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 2 Menara Kerja Raya yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK). Turut serta dalam sesi taklimat adalah YBrs. Ir. Mohammad Darus Bin Selamat , Pengarah Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) serta pegawai daripada Bahagian Dasar dan Antarabangsa (BDA) KKR. Taklimat disampaikan oleh Cik Marian Binti Baharin dari Bahagian Dasar dan Antarabangsa, Kementerian Kerja Raya dan Puan  Ir. Norain binti Osman dari Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan CDPK.

JKR Malaysia mengucapkan terima kasih kepada delegasi daripada National Institute for Policies and Strategic Studies (NIPSS) Nigeria kerana sudi melawat dan mencapai tujuan lawatan.