Date: Isnin, Julai 25, 2022

Kunjungan hormat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diketuai oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Laksamana Muda Rohana binti Jupri berserta pegawai TLDM telah diadakan pada 25 Julai 2022 (Isnin).

 

Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman. Kunjungan ini bertujuan untuk membincang dan meneliti pelaksanaan projek Tentera Laut Diraja Malaysia bagi sesi tahun 2022. Pertemuan turut disertai oleh YBrs. Ir. Waznah, Pengarah CKIP dan YBrs. Ir. Jayanthi, Pengarah CFSB. Seterusnya telah diadakan sesi pemberian cenderahati.