Pada 4 Ogos 2023 (Jumaat) telah berlangsung kunjungan hormat Cawangan Jalan ke Pesuruhjaya Warisan, Ybrs. En. Mohd Azmi Bin Mohd Yusof bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Blok A, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur.
Kunjungan ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa (Pengarah Kanan, Cawangan Jalan), Ir Mohd Sharip Bin Wahijan (Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan & Jambatan), Bahagian Pengurusan Projek Zon Timur (Cawangan Jalan), Bahagian Rekabentuk Jambatan (Cawangan Jalan) dan Bahagian Senibina Bangunan Am 1 (Cawangan Arkitek) dan Bahagian Kepakaran Konservasi (Cawangan Arkitek).
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan isu pengalihan pintu gerbang di jambatan sedia ada bagi projek Menaiktaraf Jambatan Menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia dan Su-Ngai Kolok, Narathiwat, Thailand.
Kunjungan hormat telah dimulakan dengan sesi pembentangan berkenaan latar belakang projek, rekabentuk jalan dan rekabentuk façade bagi pembinaan jambatan baharu dan menaiktaraf jambatan sedia ada. Pembentangan ini dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Projek Zon Timur (Cawangan Jalan) dan Bahagian Senibina Bangunan Am 1 (Cawangan Arkitek). Antara kandungan lain pembentangan yang telah disampaikan adalah berkenaan justifikasi pengalihan pintu gerbang di jambatan sedia ada dan impak-impak sekiranya pintu gerbang tersebut tidak dialihkan.
Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam aspek penyelarasan pelaksanaan projek yang dimaksudkan. Sekalung penghargaan diucapkan dan terima kasih kepada YBrs. En. Mohd Azmi Bin Mohd Yusof, selaku Pesuruhjaya Warisan dan pihak pengurusan Jabatan Warisan Negara di atas kesudian menerima kunjungan hormat deligasi Jabatan Kerja Raya Malaysia.
- 670 bacaan