Date: Khamis, April 4, 2024

2 April 2024 - Satu sesi Kunjungan Hormat dan Libat Urus Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Bahagian Prasarana Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) telah diadakan pada 2 April 2024 di Bilk Mesyuarat Tulip, Aras 23, Bahagian Prasarana Malaysia KKDW. Sesi Kunjungan Hormat Dan Libat Urus  daripada Cawangan Jalan JKR yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ibrahim B. Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan telah disambut mesra oleh Setiausaha Bahagian Prasarana KKDW, YBrs. Tuan Ahmad Bin Tuan Wil. Turut hadir pada sesi ini adalah Ir. Syaharidanisman Bin Mohd Johanis, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar Cawangan Jalan dan pegawai-pegawai HOPT.

Sesi Kunjungan dan Libat Urus ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ikatan ukhwah antara Cawangan Jalan JKR dengan Bahagian Prasarana KKDW yang merupakan salah satu pelanggan utama dalam pelaksanaan projek dibawah Cawangan Jalan. Di samping itu, sesi ini turut membincangkan isu-isu dan halatuju berkaitan pelaksanaan projek KKDW dibawah pemantauan dan seliaan JKR. Sesi ini juga secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi komitmen antara kedua-dua agensi bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan sama ada di peringkat perancangan dan pelaksanaan di tapak dapat diselesaikan.

Adalah diharapkan sesi libat urus ini dapat dijadikan satu platform yang efektif dalam memperkasakan pelaksanaan projek.

p1