Date: Isnin, Februari 26, 2024

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi libat urus ke Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) pada 23 Februari 2024 (Jumaat), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama ANM.

Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) dan para pegawai iaitu Pn. Maimunah binti Zakariah, Jurutera Awam Penguasa dan Pn. Nur Akidah binti Zahari, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS), CDPK.

Kehadiran JKR adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan status permohonan Jabatan ini bagi menggunakan sistem Digital Document Management System (DDMS). Melalui sesi libat urus ini, JKR menyatakan hasrat untuk menggunakan sistem DDMS dan disambut baik oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah ANM iaitu YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman dan pasukan Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik (SPRE) yang diketuai oleh Pengarah SPRE iaitu YBrs. Puan Gowri a/p P.S. Thangaya.

Pelbagai usul dan input berkaitan pengurusan rekod secara elektronik telah dibincangkan semasa sesi kunjungan hormat dan libat urus ini bagi memastikan JKR bersedia untuk menggunakan sistem DDMS dalam masa terdekat dengan kelulusan dari pihak ANM dan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).  

Terima kasih diucapkan kepada ANM atas kesudian menerima kunjungan JKR dan diharapkan agar kerjasama antara kedua-dua pihak dapat diteruskan dengan sebaiknya.