Date: Khamis, Jun 15, 2023

Pada 15 June 2023 (Khamis) telah berlangsung satu kunjungan hormat dari Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG), Putrajaya bertempat di Bilik Mesyuarat  Santubung, Aras 2, Wisma Sumber Asli, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Putrajaya. Kunjungan ini telah dihadiri oleh En. Thirunavukarasu A/L Loganathan (Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Tanah), YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa (Pengarah Kanan, Cawangan Jalan) , Bahagian Pengurusan Projek ECER dan Timur (Cawangan Jalan) dan Bahagian Pengambilan Balik Tanah dan Utiliti (Cawangan Jalan).

Sesi libat urus dan kunjungan hormat ini di pengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohd Haniff Bin Hassan , Timbalan Ketua Pengarah Sektor Penyelarasan Dan Operasi (Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian) turut hadir sama Puan Nor Aliza binti Baharuddin (Pengarah JKPTG Kelantan) dan Encik Shahrizwan bin Shamsuddin (Pengarah JKPTG Pahang).

Tujuan sesi kunjungan hormat dan libat urus ini untuk berbincang berkenaan isu  dan cadangan penyelesaian bagi proses pengambilan tanah untuk projek di Kelantan dan  Pahang khususnya Lingkaran TengahUtama (LTU) dan Kota Bharu Kuala Krai (KBKK).

Kunjungan hormat telah dimulakan dengan dengan sesi pembentangan status terkini pengambilan balik tanah bagi projek-projek jalan dibawah selian Jabatan Kerja Raya oleh Pengarah Kanan Cawangan Jalan. Antara kandungan lain pembentangan yang telah disampaikan adalah berkenaan keperluan lot keutamaan yang perlu diselesaikan segera dalam memastikan projek berjalan dengan lancar.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Mohd Haniff Bin Hassan , Timbalan Ketua Pengarah Sektor Penyelarasan Dan Operasi (JKPTG) dan pihak pengurusan JKPTG di atas kesudian menerima kunjungan hormat deligasi Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia.