Date: Jumaat, November 15, 2024

14 November 2024 - YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

Sesi libat urus ini bertujuan bagi mengukuhkan kerjasama di antara JKR Malaysia dan KDN, di samping membincangkan isu-isu pelaksanaan projek pembangunan bagi menambah baik proses perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek pembangunan. Selain itu, YBhg. Datuk Ketua Setiausaha KDN turut menyerahkan Surat Pelantikan JKR sebagai Agensi Pelaksana bagi projek pembangunan fizikal baharu KDN di bawah Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP5, RMKe-12) Tahun 2025.

Kunjungan hormat dan sesi libat urus ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YDH Dato’ Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara;Pengarah Kanan CPAB, Ketua Jabatan, Agensi dan Bahagian bawah KDN serta Pengarah-Pengarah Cawangan JKR Malaysia.

Secara keseluruhannya, kunjungan dan sesi libat urus ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. 

#IamJKR #KitaJKR  #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat