Date: Selasa, Ogos 30, 2016
Delegasi JKR yang dipimpin oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia dan disertai oleh YBhg. Dato. Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman (Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat), Tn.Hj.Hashim bin Buyu, Ir.Suhaizad bin Hj.Sulaiman serta Ir. Raja Fairol Farouk bin Raja Abd Assiss telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka pada 26 Ogos 2016 yang lalu. 
 
Kunjungan hormat ke Pejabat SUK Negeri Melaka merupakan lawatan kerja yang pertama oleh Dato'Sri KPKR pada tahun ini bertujuan meningkatkan hubungan antara Pejabat YB SUK Negeri Melaka dengan Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk kebaikan bersama dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian awam.
 
YBhg. Dato' Sri KPKR juga turut mengadakan lawatan ke JKR Negeri Melaka bagi  mengeratkan silaturrahim diantara Pengurusan tertinggi JKR dengan kakitangan JKR Negeri Melaka.