Date: Khamis, Julai 14, 2022

Kunjungan hormat delegasi dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN), YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad berserta pegawai-pegawai daripada MKN telah diadakan pada 13 Julai 2022 (Rabu).

Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan, YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman. Turut menghadiri Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur & Pengangkutan (CKIP), YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz​ serta wakil Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1), YBrs. Ar. Abd Shukor bin Ismail. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan perbincangan bersama YBhg. Datuk KP MKN yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.