Date: Khamis, September 8, 2022

Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool. Turut menghadiri Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), YBrs. Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Cawangan Jalan (CJ), YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman serta wakil dari Pusat Kecemerlangan kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE),YBrs. En. Nazlim bin Abu.

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan bersama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBrs. Prof. Dr. Wong Shaw Voon atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.