Date: Khamis, Disember 14, 2023

Pada 13 Disember 2023 (Rabu) telah berlangsung satu Kunjungan Hormat delegasi dari Pengelola Bijaya Diraja Johor, YB Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin.

Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Datuk Sr Amran bin Haji Mohd Majid serta Pengarah CDPK, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin.

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan bersama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 33.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YB Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

pengelola bijaya diraja johor

pengelola bijaya diraja johor

pengelola bijaya diraja johor

pengelola bijaya diraja johor

pengelola bijaya diraja johor

pengelola bijaya diraja johor

pengelola bijaya diraja johor