Kunjungan hormat delegasi dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Razli bin Che Razak, Naib Canselor UMK telah diadakan pada 13 Mei 2024 (Isnin). Delegasi UMK turut dihadiri bersama oleh Prof. Madya Sr Dr. Shardy Bin Abdullah, Pengarah Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur, Sr Mohd Idzuan Bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Dan Pengurusan dan pegawai-pegawai UMK yang lain.
Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik. Turut disertai oleh YBrs. Ir. Zulkifli Bin Abdul Rashad, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Mekanikal yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato’ Ir. Roslan Bin Ismail, Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan a/l A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, YBrs. Ir. Suzzana binti Punari, Pengarah Pasukan Projek Khas 1, YBrs. Ir. Hajah Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu serta Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan bersama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 35, Menara Kerja Raya.
Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Razli bin Che Razak atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.
- 976 bacaan