Date: Jumaat, Februari 24, 2023

Pada 20 Feb 2023 (Isnin) telah berlangsung satu kunjungan hormat delegasi dari Jabatan Pertanian yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Pertanian berserta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pertanian.

Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), YBrs. Ir. Mohamad Darus bin Selamat, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA2), YBrs. Sr. Hjh Siti Baizura Binti Mohamad Noor, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CFSB) YBrs. Ir Jayanthi Rathna Packiam a/p J. Thangnam serta wakil-wakil pegawai cawangan JKR.

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan bersama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana Aras 35 Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.