Date: Selasa, Oktober 22, 2024

Satu sesi Kunjungan hormat delegasi JKR Sarawak ke pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya telah berlangsung pada 14 Oktober 2024 (Isnin). Usai Kunjungan Hormat ke pejabat KSU, delegasi JKR Sarawak turut melaksanakan lawatan kerja ke Blok G, Ibu Pejabat JKR. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sedikit penerangan berhubung adaptasi reka bentuk Blok G  untuk pelaksanaan bangunan baharu JKR Sarawak.

JKR Malaysia diwakili oleh YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad, TKPKR (Sektor Pakar) telah memberikan taklimat kepada delegasi JKR Sarawak yang diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Br. Dr. Cassidy anak Morris, Pengarah Kerja Raya Sarawak. Taklimat adalah berkaitan reka bentuk Blok G dengan tumpuan kepada reka bentuk kelestarian dan GBI (Platinum).

#IamJKR
#KitaJKR
#JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat