Date: Khamis, September 8, 2022

Pada 5 September 2022 (Isnin) telah berlangsung satu kunjungan hormat delegasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh YBhg. Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM. Turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Abd. Latif Saleh, Pro Naib Canselor (UTM Kuala Lumpur) berserta pegawai-pegawai daripada UTM. Kunjungan ini rentetan dari Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia bagi Bidang Kejuruteraan Forensik  Struktur melalui Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah diadakan pada 14 Oktober 2021 serta kunjungan hormat  YBhg. Dato’ Seri’ Ketua Pengarah Kerja Raya ke atas Naib Canselor UTM pada 1 Mac 2022 yang lepas.

 

Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBrs. Sr Amran bin Haji Mohd Majid, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur (CKAS), YBrs. Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin.

 

Majlis juga dihadiri bersama wakil Board Of Engineers Malaysia (BEM) iaitu Setiausaha, YBrs. Ir. Hamzah bin Hashim dan Pengarah Eksekutif, YBrs. Ir. Mohd Noramil bin Mohd Daril. Manakala wakil Alumni UTM daripada Pengarah - Pengarah iaitu Pengarah Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), YBrs. Ir. Hajah Atikah binti Zakaria @ Ya, dan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz.

 

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati sebelum diteruskan dengan penyampaian sijil perlantikan Professor Adjung Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UTM oleh YBhg. Prof Datuk Naib Canselor kepada Ketua Pengarah Kerja Raya, ,YBhg. Dato’ Seri’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman di atas kepakaran dan pengalaman YBhg. Dato’ Seri KPKR. Warga JKR turut berbesar hati dan mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri KPKR diatas perlantikan tersebut.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.