Date: Rabu, Disember 16, 2020

Jabatan Kerja Raya Malaysia amat berbesar hati menerima Kunjungan Hormat Delegasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 16 Disember 2020 (Rabu) jam 9.30 pagi. Tujuan kunjungan adalah bersempena Penyerahan Video dan Lagu Tema Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2020.

Upacara penyerahan telah disempurnakan dengan sesi menandatangani dokumen   antara Ketua Pengarah Kerja Raya dan Dekan Fakulti Muzik, UiTM Shah Alam. Majlis disusuli dengan pertukaran dokumen sebagai simbolik penyerahan video dan lagu tema tersebut.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Professor Ir. Dr. Norlida Bunyamin dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik,  UiTM Shah Alam, YBrs. Professor Madya Dr. Tazul Izan Bin Tajuddin, Dekan Fakulti Muzik, UiTM Shah Alam, YBrs. Tuan Radzali Bin Mustaffa, Pensyarah dan Komposer Lagu Tema HPTN 2020, YBrs. Puan Faezah Binti Hamdan, Pensyarah Vokal dan Penyanyi Utama Lagu Tema HPTN 2020 dan YBrs. Tuan Mohd Khir Bin Mohammad, dari Board Of Engineers Malaysia (BEM).

Semoga segala kerjasama dan semangat ukhuwah antara JKR dan UiTM dalam menjayakan Sambutan HPTN ini akan terus berkekalan di tahun-tahun yang mendatang.

Sekian, terima kasih.

 

URUSETIA INDUK HPTN 2020

IBU PEJABAT JKR MALAYSIA