Date: Selasa, April 30, 2024

30 April 2024 - Satu sesi Kunjungan Hormat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR Malaysia) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK Negeri Kelantan) telah diadakan pada 29 April 2024 di pejabat SUK Negeri Kelantan. Sesi Kunjungan Hormat JKR Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Infra) telah disambut mesra oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Nazran bin Muhammad. Turut hadir pada sesi ini adalah YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat bersama YBrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan.

Sesi kunjungan ini juga secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan sama ada melibatkan pengurusan sumber manusia dan pelaksanaan projek dapat diselesaikan.

Adalah diharapkan sesi sesi kunjungan hormat ini dapat dijadikan satu platform yang efektif dalam memperkasakan kerja sama antara JKR Malaysia dan SUK Negeri Kelantan.