Date: Selasa, Januari 10, 2017
10 Januari 2017 - Seramai 8 orang delegasi daripada Jabatan Standard Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, YBhg. Datuk Fadilah Baharin, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Majlis diteruskan dengan sesi perbincangan di Bilik Mesyuarat Aras 1, Menara Kerja Raya.
 
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, YBrs. En. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid dan juga Pegawai Atasan yang berkaitan.
 
Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama yang telah wujud diantara Jabatan Kerja Raya Malaysia dan juga Jabatan Standard Malaysia. Antara isu yang telah dibincangkan adalah:
 
1)    Kerjasama antara JKR dan Jabatan Standard Malaysia untuk kepentingan bersama;
 
2)    Kemungkinan menjadikan JKR sebagai Subject Writing Organisation dan
 
3)    Mewujudkan persefahaman dan kerjasama berkaitan pembangunan Spesifikasi dan Arahan Teknikal yang akan dijadikan garis panduan dalam Malaysia Standard.
 
4)    Memenafaatkan kewujudan CREaTE di JKR dengan fasiliti penyelidikan bagi pembangunan piawai berkenaan.
 
 
Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama diantara JKR Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia bagi merealisasikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berasaskan piawaian kejuruteraan terbaik.
 
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Jabatan Standard Malaysia di atas kesudian membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. JKR Malaysia amat mengalu-alukan kerjasama sebegini diteruskan pada masa yang akan datang.