Kunjungan hormat delegasi dari Jabatan Digital Negara (JDN) yang diketuai oleh Puan Azlinda binti Mohd Jan, Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik & Arkitektur ICT telah diadakan pada 21 Jun 2024 (Jumaat). Delegasi JDN turut dihadiri bersama oleh Cik Nora binti Salleh, Timbalan Pengarah Bahagian (Seksyen Pengurusan Kerjaya Perkhidmatan Sistem Maklumat), Puan Victoria binti Bu, Timbalan Pengarah Bahagian
(Seksyen Pembangungan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat) dan pegawai-pegawai JDN yang lain.
Majlis dimulakan dengan sesi perbincangan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Aras 2, Menara Kerja Raya sebelum diteruskan dengan sesi pemberian cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin. Di akhir kunjungan , delegasi turut dibawa melawat ke anjung menara di Aras 33 untuk sesi bergambar.
Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Puan Azlinda binti Mohd Jan atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.
- 768 bacaan