Date: Selasa, Januari 29, 2019

Pada 29 Januari 2019, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri YBhg. Datuk Harjeet Singh telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha.

Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara JKR dan pihak BPA disamping bertukar-tukar pandangan dalam isu-isu berkaitan antara kedua-dua Jabatan. YBhg. Ketua Pengarah BPA turut berkongi maklumat berkaitan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada BPA atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.