Delegasi daripada Istana Budaya telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 9 Mac 2023 (Khamis). Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs. Puan Zubaidah binti Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya.
Kunjungan disambut oleh YBrs. Ir. Haji Rahmat bin Abd. Rahman TKP Sektor Bangunan, YBhg. Dato’ Ir. Zulkipli bin Nasri TKP Sektor Infa, YBhg. Dato’ Ir. Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK serta pegawai-pegawai daripada cawangan yang berkaitan dengan projek melibatkan Istana Budaya.
Fokus utama kunjungan dan perbincangan adalah berkaitan projek Menaiktaraf Keseluruhan Bumbung Istana Budaya yang telah bermula pada 6 Mac 2023 dan dijadualkan siap pada 5 Januari 2026. Hasrat pihak Istana Budaya agar projek ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang, mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan kerjasama utuh diantara JKR Malaysia dan pihak Istana Budaya akan sentiasa berterusan di masa akan datang.
- 1550 bacaan