Date: Rabu, April 9, 2025

Pada 8 April 2025 (Selasa) telah berlangsung satu sesi kunjungan hormat oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan. Kunjungan hormat ini telah disambut oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Turut hadir bersama adalah YBrs. Ir. Hajah Atikah Binti Zakaria @ Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat, YBrs. Ir. Jayanthi Rathna Packiam A/P J. Thangam, Jurutera Penguasa Awam Kanan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan serta pegawai jabatan.

Majlis bermula dengan sesi menandatangani Buku Pelawat Jabatan Kerja Raya dan pemberian cenderahati. Seterusnya, sesi perbincangan bersama telah diadakan di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Aras 33, Menara Kerja Raya. Secara keseluruhannya, sesi kunjungan hormat ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain atas kesudian mengunjungi JKR Malaysia. Semoga dengan terlaksananya sesi kunjungan hormat ini, kerjasama erat antara kedua-dua pihak akan berterusan pada masa akan datang.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat