Date: Rabu, Mei 15, 2024

Pada 15 Mei 2024 (Rabu) telah berlangsung satu Kunjungan Hormat delegasi dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), YBrs. Tuan Mohd Daud bin Mohd Arif dan disertai oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, YBrs. Tuan Zuraidi bin Husain, Timbalan Pengarah Cawangan Logistik, YBrs. Tuan Arshad bin Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Perolehan, YBrs. Puan Suhaila binti Alang Mahat serta Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Kewangan, YBrs. Puan Maniza binti Mahfuz.

Majlis  dimulakan dengan sesi pemberian cenderahati sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan bersama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 35.

Sesi Perbincangan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik. Turut hadir sama YBhg. Dato’ Ir. Haji Roslan bin Ismail, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, YBrs. Ir. Hajah Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan YBrs. Ir. Ahmad Shahruzi bin Ahmad, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan serta pegawai-pegawai cawangan.


Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan terima kasih kepada delegasi dari Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), YBrs. Tuan Mohd Daud bin Mohd Arif kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.