Date: Rabu, April 13, 2022

12 April 2022 – Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri (KLN), YBhg Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob di pejabatnya. Kunjungan ini turut dihadiri oleh Pn. Nik Ainun Zanariah Nik Abdul Rashid, PK CKBA1 dan Ar. Abd Shukor Ismail, APK CKBA1.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik diantara dua agensi bagi pelaksanaan projek-projek KLN di luar negeri yang dilaksanakan oleh JKR.
Pertemuan ini juga menjadi platform JKR untuk membincangkan isu-isu dalam melaksanakan projek-projek KLN di luar negeri serta mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan kaedah pelaksanaan bagi memastikan projek-projek yang dilaksanakan dapat disiapkan dengan jayanya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob di atas kesudian menerima kunjungan dari delegasi JKR Malaysia.