Date: Selasa, Oktober 20, 2020

Pada 19 Oktober 2020 jam 3.00 petang, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

Kunjungan YBhg. Datuk KSU KDN dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBhg. Datuk KSU KDN telah diadakan di Bilik Berlian Aras 2, Menara Kerja Raya berkaitan projek-projek KDN.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Semoga dengan kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara Kementerian Dalam Negeri dan Agensi.