Date: Khamis, Januari 31, 2019

Pada 30 Januari 2019, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat JKR Malaysia di Menara Kerja Raya. Kunjungan YBhg. Dato’ KSU dimulakan dengan mengunjungi Pejabat  Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha dan semua barisan Pengurusan Tertinggi JKR serta pegawai – pegawai kanan.





Ini merupakan kunjungan sulung YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan setelah dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya yang baru.







Majlis diteruskan dengan sesi taklimat dan suai kenal yang telah berlangsung di Bilik Berlian Tingkat 2, Menara Kerja Raya. Sesi dihadiri oleh semua Pengarah – Pengarah Cawangan JKR Ibu Pejabat. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid (TKPKR Sektor Pakar).











Majlis diakhiri dengan sesi bergambar di Aras Plaza Menara Kerja Raya. Semoga kunjungan ini akan terus mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara JKR dan KKR pada masa hadapan.