Date: Rabu, March 15, 2023

Pada 2 Mac 2023 (Khamis), Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya telah menerima satu kunjungan hormat daripada Kementerian Pertahanan. Delegasi tersebut diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berserta pegawai-pegawai daripada Kementerian Pertahanan.

Delegasi Kementerian Pertahanan disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) YBrs. Sr. Amran bin Haji Mohd Majid serta YBhg. Dato’ Ir.  Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), Pengarah- Pengarah Cawangan, Ketua Bahagian CDPK, Pegawai Khas dan wakil-wakil cawangan JKR dan dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya untuk sesi menandatangani buku pelawat dan pemberian cenderahati sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan bersama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan delegasi diatas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.