Date: Selasa, Februari 28, 2017
Pada 27 Februari 2017, Seramai 5 orang delegasi daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang diketuai oleh YBrs. Tn. Hj. Mahadzir Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif PAAB telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md Taha.
 
Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara JKR dan pihak PAAB disamping bertukar-tukar pandangan dalam isu-isu berkaitan antara kedua-dua Jabatan. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md Taha.
 
Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada PAAB atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.