Date: Khamis, Disember 19, 2019

Pada 19 Disember 2019, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid.

Kunjungan YBhg. Dato' Dr. KSU dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid dan timbalan – timbalan ketua pengarah serta pengarah-pengarah kanan JKR. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBhg. Dato' Dr. KSU telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam 1, Aras 1.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.